in

COVID-19 merupakan nama untuk virus Wuhan

Virus yang kini menyerang di 25 buah negara kini telah diberikan nama iaitu COVID-19.

Merujuk halaman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia, pemberian nama virus ini adalah berpandukan garis panduan WHO, OIEAnimalHealth & FAO. Nama yang ingin diberikan mestilah tidak merujuk kepada lokasi geografi, haiwan, individu atau sekumpulan orang berkaitan dengan penyakit ini.

Pemberian nama itu penting bagi menghalang penggunaan nama lain yang tidak tepat serta boleh wujudnya stigma.

Selain itu, ianya akan menjadi rujukan untuk sebarang wabak coronavirus pada masa hadapan.

Maka, kita mestilah menggunakan nama virus yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

Written by Muhammad Azrin Sahar

Menulis dengan hati, maka bacalah ia dengan hati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Harga durian di Malaysia jatuh kerana Coronavirus

Restoren Terkenal diarahkan tutup