in

Harga durian di Malaysia jatuh kerana Coronavirus

Durian on wood background,King of fruits

 

Menurut Channel NewsAsia, harga buah-buahan di Malaysia akan menyusut 50 peratus berikutan wabak coronavirus.

Penyusutan ini dapat dililhat setelah pemilik ladang Durian di Raub, Pahang, Lim Chin Khee telah menjual durian Musang King pada harga RM30 berbanding harga asal RM60.

Durian segar telah dieksport ke China dari Jun Tahun lepas dan dijangka menjana hampir RM500 juta kepada jumlah nilai eksport negara.

Pemilik ladang durian di Segamat, Johor, Andy Tan berkata harga durian telah menurun sekurang-kurangnya 50 peratus. Beliau yang merupakan pengeksport durian beku ke Beijing, Shanghai, Guangzhou dan Qingdao.

Bandar-bandar di China banyak ditutup dalam tempoh dua minggu ini menyebabkan harganya semakin menurun.

Written by Muhammad Azrin Sahar

Menulis dengan hati, maka bacalah ia dengan hati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kita jaga nama BOCEY!

COVID-19 merupakan nama untuk virus Wuhan