in

Percaturan JDT memakan diri

Foto Johor Southern Tiger

JDT telah bertemu dengan Vissel Kobe bagi perlawanan pertama Liga-liga Juara ACL peringkat kumpulan di Stadium Park Misaki.

Tetapi, perlawanan ini seperti diharapkan memberikan sesuatu kelainan buat permainan untuk JDT tetapi malangnya mereka telah dibelasah 5-1 oleh Vissel Kobe yang dibarisi dengan bekas pemain tengah Barcelona, Andreas Iniesta.

Andreas Iniesta merupakan pemain yang menjadi tumpuan semalam telah menunjukkan satu permainan yang menakjubkan dan berkelas dunia setelah hantaran-hantaran yang berbahaya olehnya menghasilkan gol.

JDT mendapat gol saguhati melalui penalti yang dijaringkan Safawi setelah bola terkena tangan pemain Vissel Kobe.

JDT yang cuba memberikan tekanan untuk Vissel Kobe dengan melakukan beberapa percubaan malangnya tidak memberikan apa-apa hasil.

Malah,  percaturan yang dipersembahkan oleh JDT tidak menjadi terutamanya di bahagian pertahanan yang gagal menghalang pemain tengah Vissel Kobe, Andreas Iniesta.

Written by Muhammad Azrin Sahar

Menulis dengan hati, maka bacalah ia dengan hati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Sajat bakal bertemu JAKIM

WMC 2020 batal